Aduhai! Payudara Nora Danish, Seluar Dalam Maria Farida!.. Inilah Wanita Yang Di Katakan 'Beauty With No Brain'
Aktres
jelita Nora Danish, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam
kalangan peminatnya apabila memuat naik gambarnya memakai baju t-shirt
ketat berwarna putih sehingga menampakkan susuk buah dadanya dengan
jelas.
Sebaik dimuatnaik, beliau dikecam kerana bajunya yang ketat dilihat tidak sesuai untuk dipaparkan di laman Instagram seperti itu.
Beberapa ketika selepas itu, gambar Nora diubahsuai dengan membuatkan bahagian dadanya tidak terlalu jelas kelihatan.
Menerusi media, Nora tampil menjawab isu gambar berkenaan dan mengatakan bahawa dia memakai bra jenis “push up”.
“Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up- bra?” katanya.
Selain mencetus kontroversi, ada peminat Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Haniff, 32 tahun telah melakukan edit untuk memperlihatkan payudaranya kelihatan lebih besar.
Gambar itu kemudiannya menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.
“Hanya
kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya
jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas
pandang.
“Gambar
itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak
saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata
Nora.
Saiful Apek Pun Terkedu Koleksi Seluar Dalam Maria Farida!
Nampaknya artis kita khususnya yang wanita sudah semakin maju dan laju ke depan dari segi peragaan fesyen mereka yang pelbagai dan bermacam-macam gaya.
Selain
kemajuan dan peka mengenai fesyen, para artis ini juga semakin berani
memaparkan fesyen mereka di laman sosial antara yang paling kerap
digunakan ialah Instagram.
Selain
fesyen seksi, kini ada artis wanita Malaysia yang berani menayangkan
foto bikini koleksi mereka kepada pengikut setia dan lebih parah,
seperti mahu peminat memilih bikini mana yang lebih sesuai.
Itulah
yang dilakukan oleh aktres jelita Maria Farida yang bingung untuk
memilih bikini mana yang sesuai untuk dipakai di laman sosial itu.
“Can’t decide which one..hmmm (tak tau hendak pilih yang mana.. hmm),” kata Maria.
Gambar berkenaan turut membuatkan artis pelawak terkenal Saiful Apek yang hanya menggunakan rangkaian ikon emosi untuk membalas kapsyen dari Maria itu.
Rasanya,
tidak perlu Maria sebagai seorang artis Melayu tanpa segan silu
memuatnaik gambar itu kemudian seperti memberi peluang kepada para
peminatnya memilih bikini mana.
Sudah
pastinya, dengan kecantikan yang dimiliki Maria, ramai pengikut lelaki
yang terbeliak biji mata dek kerana muatnaik ini yang betul-betul
mencabar minda mereka.
Jika
ada pula lelaki yang memberi komen yang agak melampau, tahu pula mereka
melenting dengan menuduh lelaki seperti itu gila seks dan sebagainya.
Agak-agak lepas ni, Maria muatnaik pula gambarnya memakai bikini yang dipilih? Sumber: Mynewshub.my
SP:
Tak tau nak kata apa lagi dengan artis-artis wanita Malaysia. Nampak
sangat tiada 'ilmu' di dada. Bukannya buah dada ye pembaca
sekalian..huhu