adnow

loading...

Kaki PORN !!! Sila Baca Fakta Fakta Ini …. Jangan Memain …

Image result for porn addict
Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.
Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .
Apa itu hormon dopamine
Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.
Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang
banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.
Bagaimana Otak Kita Berkerja
Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .
Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.
Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’ yang kita lakukan itu baik untuk kita.
Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum.
Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.
Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali,
pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.
Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.
Image result for pornography

traffic